Thursday, 28 April 2011

Hati Kecilku Berbisik..

Hah, ini satu statement terkejut, sedih dan pelbagai perasaan yang bad2 muncul hadir dalam diri..Saya jugak lepasan SPM seperti kawan2 yang lain..Tetapi terasa sisihnye saya dan bengap pandainye saya rasa ada dalam diri..Apakah benar saya tidak mungkin akan terima mana2 tawaran??Adakah kerana saya tidak berapa cerdik macam orang lain??Kenapa kawan2 saya yang lain sudah soseh sana sini tapi saya masih lagi tidak mendapat mana2 tawaran ye??Walaupun Kolej yang berbayar..Satu habuk pown tak ada..Kawan2 lain dah dapat tawaran sana sini, surat itu ini, temuduga dan sebagainya tetapi saya???Tidak ada satu apa pown yang hadir mengetuk pintu rumah..Hurmmm......

Dulu, abang dan kakak saya pown tak pernah apply mana2 tapi dapat jugak tawaran dari sana sini..Saya memang x apply Kolej yang berbayar, saya cuma apply UiTM, Kolej Komuniti serta Politeknik je..Alarh.....Memang saya bengap kowt sebab tu tak dapat mana2 kan??Hurmmm.....Perasaan berbagai rasa campur aduk datang menghampiri..Tidak tahu dimana mahu diluahkan...Nak apply pown semuanya dah terlambat bukan??

Mak cakap,

"Hang dah gatal sangat kowt nak menikah sebab tu x apply mana2 tu..!Tengok orang lain semua dah dapat, awat hang sorang ja x dapat2??Dok menghadap laptop, buat apa tak tau..Dah gatal nak kahwin kowt.."


Ayah cakap,

"Hang dah tak mau belajaq dah larh tu..Tau main ja.."


Kakak cakap,

"Adik nak kerja, bukan mau study.."



Hati aku berkata,

"Aku masih muda so aku nak jugak merasa belajar diluar dari tanah air aku..Sapa cakap aku nak kerja??Aku nak kerja part time ja sementara dapat kemana2..Kalau benar bukan rezeki aku untuk sambung belajar, barulah aku akan teruskan pencarian kerja..Kahwin??Memanglah terniat pada semua orang yang jugak akan melangkah ke alam tersebut tetapi mak.....Sekarang bukan lagi masanya..Ya Allah yang Maha Mengasihi, aku hanya memerlukan petunjukMu Ya Allah.."



Air mata sudah bercucuran megalir keluar....
"Agaknya aku tiada rezeki ya untuk sambung ke mana2.??
Benarkah aku terlalu bengap cerdik untuk aku dapat kemana2 pusat pengajian??
Mak.....Ayah....Kakak.....
Adik masih mahu belajar...Adik bukannya pemalas, adik online bukan x cuba cari tapi adik pown x tahu nak cari mana web2 pusat pengajian tu.."




Hahahahahahahahahaahahahaha..........!!!
Aku tension so sorry ya??

Pada kawan2 yang dapat tawaran tu, aku doakan korang success..!Rezeki datang sekali jadi hargailah selagi anda mampu...Okay??Hargainya dengan sebaik2 mungkin..


Diakhir solat, doaku sentiasa berbunyi,

"Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunilah dosa2 hambaMu yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia..
Panjangkanlah usia kami serta murahkan rezeki kepada kami..
Terangilah hati kami sebagaimana Engkau terangi bumiMu dengan cahaya matahari sepanjang zaman..
Tunjukanlah kepada kami ke jalan yang lurus dan benar..
Sinarilah kami dengan cahaya kefahaman serta..
Lindungilah kami dari godaan syaitan yang direjam dan..
Lindungilah kami dari segala maksiat dimuka bumi ini Ya Allah..
Lindungilah kami dari seksa kuburMu, azab api nerakaMu serta..
Bahagiakanlah kami di dunia mahupun di akhirat kelak..
Rabbana atina fidhunia hassanah, wa qina azar bana, wassallah ala saidina muhammad waala alihi wasohbihi wassalam..
Amin amin amin ya rabballamin.."

Hati kecilku berbisik,

"Ya Allah Ya Tuhanku...
Kuatkanlah serta tabahkanlah hati dan diri ini untuk menghadapi segala cabaran dan dugaanMu di dunia mahupun di akhirat Ya Allah.."

p/s: maaf, tidak dibenarkan komen ya??hati masih berdarah..