Thursday 28 April 2011

Hati Kecilku Berbisik..

Hah, ini satu statement terkejut, sedih dan pelbagai perasaan yang bad2 muncul hadir dalam diri..Saya jugak lepasan SPM seperti kawan2 yang lain..Tetapi terasa sisihnye saya dan bengap pandainye saya rasa ada dalam diri..Apakah benar saya tidak mungkin akan terima mana2 tawaran??Adakah kerana saya tidak berapa cerdik macam orang lain??Kenapa kawan2 saya yang lain sudah soseh sana sini tapi saya masih lagi tidak mendapat mana2 tawaran ye??Walaupun Kolej yang berbayar..Satu habuk pown tak ada..Kawan2 lain dah dapat tawaran sana sini, surat itu ini, temuduga dan sebagainya tetapi saya???Tidak ada satu apa pown yang hadir mengetuk pintu rumah..Hurmmm......

Dulu, abang dan kakak saya pown tak pernah apply mana2 tapi dapat jugak tawaran dari sana sini..Saya memang x apply Kolej yang berbayar, saya cuma apply UiTM, Kolej Komuniti serta Politeknik je..Alarh.....Memang saya bengap kowt sebab tu tak dapat mana2 kan??Hurmmm.....Perasaan berbagai rasa campur aduk datang menghampiri..Tidak tahu dimana mahu diluahkan...Nak apply pown semuanya dah terlambat bukan??

Mak cakap,

"Hang dah gatal sangat kowt nak menikah sebab tu x apply mana2 tu..!Tengok orang lain semua dah dapat, awat hang sorang ja x dapat2??Dok menghadap laptop, buat apa tak tau..Dah gatal nak kahwin kowt.."


Ayah cakap,

"Hang dah tak mau belajaq dah larh tu..Tau main ja.."


Kakak cakap,

"Adik nak kerja, bukan mau study.."



Hati aku berkata,

"Aku masih muda so aku nak jugak merasa belajar diluar dari tanah air aku..Sapa cakap aku nak kerja??Aku nak kerja part time ja sementara dapat kemana2..Kalau benar bukan rezeki aku untuk sambung belajar, barulah aku akan teruskan pencarian kerja..Kahwin??Memanglah terniat pada semua orang yang jugak akan melangkah ke alam tersebut tetapi mak.....Sekarang bukan lagi masanya..Ya Allah yang Maha Mengasihi, aku hanya memerlukan petunjukMu Ya Allah.."



Air mata sudah bercucuran megalir keluar....
"Agaknya aku tiada rezeki ya untuk sambung ke mana2.??
Benarkah aku terlalu bengap cerdik untuk aku dapat kemana2 pusat pengajian??
Mak.....Ayah....Kakak.....
Adik masih mahu belajar...Adik bukannya pemalas, adik online bukan x cuba cari tapi adik pown x tahu nak cari mana web2 pusat pengajian tu.."




Hahahahahahahahahaahahahaha..........!!!
Aku tension so sorry ya??

Pada kawan2 yang dapat tawaran tu, aku doakan korang success..!Rezeki datang sekali jadi hargailah selagi anda mampu...Okay??Hargainya dengan sebaik2 mungkin..


Diakhir solat, doaku sentiasa berbunyi,

"Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunilah dosa2 hambaMu yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia..
Panjangkanlah usia kami serta murahkan rezeki kepada kami..
Terangilah hati kami sebagaimana Engkau terangi bumiMu dengan cahaya matahari sepanjang zaman..
Tunjukanlah kepada kami ke jalan yang lurus dan benar..
Sinarilah kami dengan cahaya kefahaman serta..
Lindungilah kami dari godaan syaitan yang direjam dan..
Lindungilah kami dari segala maksiat dimuka bumi ini Ya Allah..
Lindungilah kami dari seksa kuburMu, azab api nerakaMu serta..
Bahagiakanlah kami di dunia mahupun di akhirat kelak..
Rabbana atina fidhunia hassanah, wa qina azar bana, wassallah ala saidina muhammad waala alihi wasohbihi wassalam..
Amin amin amin ya rabballamin.."

Hati kecilku berbisik,

"Ya Allah Ya Tuhanku...
Kuatkanlah serta tabahkanlah hati dan diri ini untuk menghadapi segala cabaran dan dugaanMu di dunia mahupun di akhirat Ya Allah.."

p/s: maaf, tidak dibenarkan komen ya??hati masih berdarah..

Yihaaa~~ Gotcha Followers Yang ke-100 Sudaa!!

Tahniah buat Cik Kaeeda kerana menduduki tempat yg amat empuk ya??Hehehe..Seperti yang dijanjikan iaitu hadiah dari Cik Qielah..Thanx yeah kerana sudi follow2 blog yang tak seberapa ini..

Inilah The Winner!!

Korang2 yg membaca jugak jangan lupa diundang ke Cik Kaeeda kite ye??Ziarah menziarahi kan amalan baik buat kita 1Malaysia.. ^_^ Silalah kunjungi blog beliau ya??Terima kasih ya?? =D

Wednesday 27 April 2011

Gotcha Follower Yang Dihargai!!

Inilah Follower yang dinanti2kan..Fuh~~ Nak get 13 x sempat, 12 lagi x sempat so dapat jugak akhirnya 93..Hehe Korang semua kan bijaksana, semestinya dapat agak apakah ertinya nombor2 tersebut kan??Hee~ Thanx kepada Encik Blue Riders ya??Kerana telah menjadi penghargaan buat saya.. ^_^


Inilah header blog tuan empunya..

Korang2 jangan lupa singgah ke blogger yang dihargai saya jugak ya??Sila sila larh ke sana.. =)
Saya pown dah 'ter' excited sebab dapat nombor kesayangan tuan hamba..

Pada yang lain. korang jugak always in my heart tau??Tanpa korang mana mungkin saya dapt Followers sebanyak ini..Terima kasih bebanyak ya??I LOVE YOU ALLS..!!Muah muah muah laa~~ Hehe =D

Makan-makan

Okay..Dari entry pown dah tahu kan apa yg akan di soseh-sosehkan disini..Hehe So tunggu apa lagi??Jom makan??Hahaha Nampaknya terlebih makan nie sebab tu gelong sebentar~~

Sebenarnya..Puan Emak saya cakap saya ini kurus kerana frust cinta hingga menyebabkan saya kelihatan seperti mat pit ada ker patut??Huhu..Bukannya kurus pown, gemok adalah nie..Hadoih laa....Tetapi untuk membuktikan bahawa saya nie gemok so pada satu malam tu, saya melantak makan tiga jenis menu..Makan tengah malam depan Puan Emak saya untuk memuaskan hatinya yang terlalu risau..Hihihi

Menunya ialah:

1.Chicken Chop



2.Spaghetti



3.Nasi Goreng Biasa kowt,hihi.

Bukan nasi goreng petai larh saya makan,
Pak Cik Google nie memandai je..Haha XD

4.Pencuci mulut harus ada so makanlah Buah Jambu Batu



Memanglah dah berpisah dengan kekasih lama tetapi tidaklah sampai memakan diri sendiri laa...Puan Emak ini suka berfikiran jauh tau..Huhu Disebabkan kenyang gila, itu pasal x boleh tidur sampai ke pukul 6 pagi..Huhu Sekarang mata sudah letih tetapi teringat perihal sebegini so bak kata Admins Blogwalking Widget iaitu Encik Fareez Tajudin, tulis bila ingat apa yang nak ditulis..Kalau ada idea sewaktu diluar rumah dan tanpa laptop so tulis je dalam handphone..Hehehe Thank you larh ye Encik Fareez Tajudin.. ^_^

So Puan Emak udah2 larh ye risau2..Tak kurus dah la..Hihi Okay, maka berakhirlah buat entry yang merepek bak makan kerepek..Hahaha




Tuesday 26 April 2011

Marilah Kita Mensyukuri Nikmat2 Allah kepada UmatNya

Senang dilakukan tapi bilakah terakhir kita lakukan?
Sujud Syukur
Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, kita di sunatkan sujud syukur.
Taklah susah sangat nak buat sujud syukur ni.. tak sampai lima minit atau kurang lagi.
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:-
1. Niat2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Maksudnya: Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta.
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Kongsi dari sahabat Islam Encik Shakir Shafiee

Friday 22 April 2011

Bercucuran Air Mata Membaca Betapa Sayangnya Allah dan Rasulullah kepada Umat-umatNya

Untuk tatapan semua sahabat …

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.


“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.


“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
 Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…


Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW.



Copy from Cik Atiey ^_^

Thursday 21 April 2011

Aku, Dia, Dia, Dia dan Kamu

Sebenarnye awak sukakan kawan saya iaitu F tetapi dalam masa yang sama kawan saya ialah makwe kawan awak..Awak tahu tapi awak macam buat x tahu je..Saya tinggal satu dorm dengan dye so saya tahu dye lebih sayangkan pakwe dye bukannya awak tapi awak x pernah nak ambik kisah walaupun awak tahu awak sedang sakiti hati dan diri awak..Awak terus2 menghantar surat kepadanya dan dye juga membalas kerana dye sering antar surat buat pakwenya tapi pakwe dye x membalas sepertimana awak balas..Saya kasihan melihat awak meletakkan harapan yang tinggi lalu saya berpesan serta bertanya apakah perasaan kawan saya terhadap awak??Katanya hanya menganggap tidak lebih teman biasa tetapi katanya pada pihak lain, dye cemburu apabila melihat awak dengan perempuan lain..Pernah juga kiteorang satu dorm tekan tanya pada dye tau..Hampir sahaja dye menanggis serta marah2, semuanya kerna awak tau??

Pada suatu hari tersebut berlakunya peristiwa yang x diinginkan tetapi ia yang merapatkan kite..Awak marah kawan rapat saya iaitu I kerana fikir ada gossip diantara korang yang membuatkan F cemburu lalu meminta putus??Keanehan juga sebab korang putus??Korang cakap korang x couple tapi apa maknanye putus tu??Kemudian awak antar surat kepada F lalu F memberi I baca, jadi berlakunya kekecohan diantara dyeorang..Apabila pulang ke dorm I, kiteorang berbincang tapi saya x mampu memujuk I so saya buat keputusan untuk menghubungi awak..Apabila saya mula contact awak, awak mula menanyakan "Aku nak tanya ko tapi jangan gtau I k??I suka kat aku ker??" Lalu saya menjawab "Tak mungkin larh..Dye kan makwe kawan ang.." Awak reply "Tapi pakwe dye pown cakap nampak yg dye sukakan aku dowh.."  Untuk mengetahui apa yang bakal awak menjawab lalu saya membohongi awak, pada hakikatnya rasa juga sepertimana yang awak rasa tu..Huhu Then saya cakap "Aku pown rasa gtu tapi aku takut nak ckp..Xkan pakwe dye pown ckp gtu??Hurmm.." 


Tetapi kerana kebodohan serta keinginan tahu lalu membuat saya dgn I jadi bergaduh lalu berpaling muka..Then kiteorg pown terputus larh bersahabatan..Sewaktu itu saya jugak telah berpunya kekasih hati tetapi pakwe saya x seperti awak..Awak lebih pedulikan saya manakala pakwe saya pedulikan adik angkatnya terlebih dahulu..Pada awak, saya menceritakan tentang sakitnya hati ini terhadap percintaan yang tidak adil..Semenjak berpisahnya awak dgn F serta I, kite pula yg rapat kan??Erm, hampir setiap malam kite message dan kerana awak, saya mempunyai semangat untuk study..Kawan2 saya gembira melihat perubahan diri saya yang kembali cria serta bersemangat untuk belajar..Pada sebuah tarikh iaitu 28 Okt 2010, awak mengejutkan saya dengan mengajak couple..It's hard to believe, you know??Tapi saya masih x menjawab soalan awak tu sebab saya fikir awak hanya sekadar gurauan..Pandai awak pulihkan hati saya kan?Seminggu saya putus, awak pula datang membawa sinar..Pada keesokannya, awak minta lagi tapi saya cakap "Kite couple pukul 12 japg ok?Tarikh cantik cikit iaitu 01-11-10" Then secara automaically pukul 12 tgh mlm,kite pown in a relationship..Bahagia je rasa... ^_^

Tuesday 19 April 2011

Hati Ini Tersakit..

Adoi laa...Kenapa nie??Kenapa nie??

Hye hati!!
Apsal ekau bongok sangat??
Yang g rindu org yg dah lupakan, wat apa??
Mengong tul!!!
Arggghhhh!!!!Tensionnye.....!!Budus btul...


Hahahaha...Itu sekadar luahan hati yang agak x berapa betul ok??Abaikan je k??Hahaha....Entah larh kenapa susah sangat nak hilangkan rindu dihati ini..Agak sakit untuk melupakan orang yang kite sayang rupanye kan??Adoiyaa~~ Sedangkan dah lama kowt patutnya aku buangkan perasaan ini..Sebab dah lama hal ini berlalu...Pergh!!!Sakitnye....

Kite kenal pown sebab sepucuk surat kan??Daripada kawan saya kepada awak..Waktu tu, saya kenal awak pown x..Saya cari kt Dewan Makan asrama sambil tanya "Sape kat cini bernama tut tut??" Agak malu jugak laa...Tapi disebabkan saya x kenal awak so saya buat je muka selamber saya, kahkahkah XD Kite dikenalkan oleh kawan saya yang menjadi posto2 antara awak dan kawan saya yang seorang lagi..Hurm...Selepas itu, disebabkan kawan saya makwe kawan awak so kite pasti akan bertemu apabila mereka ingin buat date kan??Hahaha..Macam penyibuk je kan tapi kite larh yang meriuhkan dyeorg kan??Indah bila kite baru menjadi sahabat..Kite jumpa pown sebab dyeorg kan??I dengan kawan I selaluejek you dengan panggilan 'Orang Tua' hahaha..Hanya disebabkan awak lahir bulan May dan kiteorg pula bulan November and December..Hurmm...Rindu pula bila teringat semua tu..

Lepas tu, kite selalu lepak sekali dalam bilik Sir kite yang baik tu kan??Dari situ larh, kite lebih suka saling mengacau serta I pula yang dapat panggilan iaitu AntiCleaner..Jahat betul budak2 sekolah saya nie rupanye..Huhu Sebenarnye saya yang sering mengemas bilik tu tapi sya pula yang dapat anti??Hoho..

"Kisah selanjutnya bakal disambung..Hehe..Daa~~"

Monday 18 April 2011

Andai Seorang Lelaki Tahu....

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday 14 April 2011

Something Happen!!

Statement tu saje wat gimik, haha..Sebenarnye hati ini gatal merindui seseorang larh..Nak garu tapi x sampai larh..Makan ubat gatal pown x kan sampai ke hati malah terus turun ke perut..Huhu..Nak buat macam mana nie??Adoiyaa~~

Sebenarnye you g ane hah??Apsal you off fon??I tahu you masih marah I kan??Tetapi you on je fon you then tell me datz you mad with me..I dah berusaha minta maaf..I nak send message melalui Facebook tapi I takut you x akan online dah..I takut kang I disturb you pula..Hurm...Nak minta pendapat kengkawan tapi siapa yang akan kasi nasihat sebab I yang salah..Marah you x tentu pasal..Tu larh JPJ suruh pakai helmet sebelum menunggang tapi I degil kan??Langgar perintah kerajaan..Inilah padahnye, I yang mati x berkubur..Huhu :'(

Dah lama I try apologize but you??Sunyi tanpa kata..Sebelum nie, you layan I baik je..You cakap kita kawan kan??Hurm...You tanya sayang you ker kan??Lepas I tersedar daripada kesalahan yang I buat, I terus minta maaf kat you tapi I terlambat untuk mengetuk pintu kemaafan dari you..Kalau you tahu tentang hati I sekarang, pasti you dah sent message then say sorry kan??Kalaulah I x buat salah, baru I akan terima message2 you and miss call from you kan dear??I miss to call you dear actually..Hati I masih ade pada you larh sayang..I nak you cemburukan I lagi tetapi itu perkara silam yang pastinya x akan menjadi kenyataan..Hurm...


By the way dear, kalau you dah rasa you dapat memaafkan I or dah bersedia untuk marah2 I..Terus text or call I tau??Anytime babe..Because I always waiting for you..I x harapkan you trus memaafkan I but I just nak you tahu bahawa I dah x kuat untuk menanggung segunung rindu hanya buat you..I lemah tahu??I lemah sebab kekuatan I hanya pada you..You tahu itu kan??You..........I missing you like crazy..Setiap hari baca semula messages dari you yang lama2, you kutuk2 ex I hehe, datz funny dear...Nampak macam you jelous je dari segi itu..Tetapi you suruh I abaikan je ape yang you katakan..

Selepas you tahu I break off dengan ex I, terus you tulis kat wall post you part chorus nie..


and i juz want u t0 kn0w....i f0und the reas0n 4 me....t0 change wh0 i used t0 be.....the reas0n t0 
start over new.....and the reas0n is u...


nak tanya pada siapa you tujukan tapi I takut you ingat perasan pula..Hurm...Kenapa you mesti sembunyikan tentang you dari erk??Dah banyak kali you tanya tentang perasaan I terhadap you tapi kenapa you x pernah nak luah perasaan you??kebuntuan tahu??Aneh jugak dengan you nie, sukar untuk difahami..Huhu I ingat lagi tau you pernah ajak I minta ke mana2 IPTA sesama tetapi itu sebelum kite dapat result, setelah kite dapat result I sengaja x tanya you sebab keputusan kite jauh bezanye..Then maybe you pown terlupa mungkin, you tahu kerana you larh I dapat belajar dengan lebih tekun tetapi you leave me just poor at my ex..Sedih je rasa and kawan2 you pown marah2 I sebab buat you menderita??What's datz mean yeah??Ya Allah, sesungguhnye I x tahu apa kata hati you..

Selepas kejadian tempoh hari, you cakap you akan cari I walaupun I tukar nama, private kan gambar dalam Facebook, tanpa tanya orang lain..Hurm....Rupa2nye datz my mistakes so now you dah x perlu cari I kan??Sebab I yang buang you dulu kan??Pergh!!Sedihnyeeeeee.......!! Sebenarnye I x sedar bila masanya I block you in Facebook..Dulu I marah2 you kerana fikirkan I yang kena block tapi you tetap cakap baik je dengan I, you maintain tanya apa I masih marahkan you??Andai I tahu I yang block you, subhanaAllah I x kan marah2 you..Please dear forgive me.....I sangat menyesal akan perbuatan I ini tetapi percayalah I x sedar pown you ada dalam lists block I..I sendiri x percaya bahawa I yang block you....Kalau you dah on fon nanti, I minta maaf banyak2 tau sebab terlalu banyak message dari I..I'm so sorry....... :'( My heart crying just for you..My heads always thinking about you and dear, when I to pray..You always in my prayer..Hope you always in happiness dear..Thanx 4 everything dear....You always being my Best Friend Forever until Heaven, InsyaAllah.. :')
  

~ izzlorna.com 1st Special Giveaway ~

Hye there...Saya join ini punya contest maa~~ Nampak sangat menarik so korang xkan nak tengok je??Jom pakat2 join jom..Lagipun tarikh nya start 10 April 2011 untill 30 Mei 2011..Jom jom!!Hehe ^_^


Cik Lorna yang empunya tau!!

Syarat2nya so simple and sweet..
Cik Lorna, saya copy yours tau..Jangan mara ya?? ^_^

1WAJIB menjadi follower blog Lorna…
2. Buat satu entry yg bertajuk  ~ izzlorna.com  1st Special Giveaway :) ~
3. Pastikan banner di atas sekali ada dipaparkan pada entri anda…
4. Copy & paste banner di bawah ni dan letakkan di sidebar blog anda…
Photobucket
5. Sila link entri anda di blog ini dan jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruangan comments…
6. Sertakan sekali emel anda di ruangan comments supaya senang Lorna hubungi jika ANDA PEMENANGNYA!
7. Sila tag 3 rakan blogger anda…lebih ramai lagi bagus :)Pastikan mereka tahu tentang Giveaway ini okey!
8. Penyertaan bermula 10 Apr 2011 – 30 Mei 2011…
Bakal Pemenang akan dilakukan secara random.org…


  • By the way, blog Cik Lorna nie tersangat COMEL tau..
  • Pink colour pulak tu, sweet je tgk pasangan ini..
  • Bagai merpati sejoli bak kata pepatah..Hehe 
  • Semoga bahagia kelak ya IzzLorna.. =)

Tagged by me is you!!Hehehe :p
Yang lain2 pown boleh join tau..Jom2 meriahkan suasana.. =D


  1. Cik Aina yang cute miut..
  2. Cik Alma yang terbaek larh!!
  3. Cik Ezaty kakak ku sayang..Wee~~
  4. Kak Arfarynaz yang suka tagging I tuu..Hehe





Tuesday 12 April 2011

Missing You Like Crazy..

Hati dan perasaan aku mengatakan bahwa aku merindui seseorang tetapi diriku sendiri tidak tahu siapakah gerangan orang tersebut..So bagi lagu nie udah larh ye..Pada yang merindui diriku juga, aku berharap aku sedang merindui kamu..

Meraung

Artist: Newboyz
Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa

Puas ku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintaku

Sia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisa

Ku pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh... tetapi bagaimana
Nak ku lawan
Jiwa yang siksa

Ke mana arah hendak ku tuju
Bila hatiku rindu padamu
Hendakku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia

Dikamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidak ku sangka kau
Tergamak pergi
Saat ku masih perlukan mu

Ah...ah...ah...
Ah...ah...ah...

Meraung di jiwa
Apalah daya kiranya
Orang dah benci

Ah...ah...ah...
Ah...ah...ah...
Meraung di jiwa
Tapi tak pernah ku benci
Dirimu sayang