Tuesday, 26 April 2011

Marilah Kita Mensyukuri Nikmat2 Allah kepada UmatNya

Senang dilakukan tapi bilakah terakhir kita lakukan?
Sujud Syukur
Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, kita di sunatkan sujud syukur.
Taklah susah sangat nak buat sujud syukur ni.. tak sampai lima minit atau kurang lagi.
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:-
1. Niat2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Maksudnya: Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta.
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Kongsi dari sahabat Islam Encik Shakir Shafiee

7 comments:

Ali Kanchan said...

Gud info sharing Cik Qielah... Btw, gambar lelaki tgh solat tue adalah gambar kawan saya, my x-housemate :)

Cik Qielah said...

huh??
yeke?? alamak,sy x tahu laa...
huhu nie pown copy dari org..hihi :)

fiq. said...

thanks for sharing =]

Ila said...

bersyukur mengingatkan kita siapa kita disisiNYa...
Jom Baca Kuatnya pengaruh kawan

Corat-coret said...

bagus2....nti share lg yer...

Faten said...

Cik Qilah !
saya tag anda lagi !
=)

http://arfarynazed.blogspot.com/2011/04/my-lifes-story-blog-first-giveaway.html

Cik Qielah said...

kak faten nie...! hahaha XD

fiq, welcome..
sesame Islam harus saling memperingati.. =)

Ila, alhamdulillah.. ^_^

Corat-coret, insyaAllah klu dpt info lg..
hihi ;)