Monday, 28 March 2011

Rintihan Seorang Gadis, Wanita, Isteri & Ibu..

Sewaktu menjadi gadis, semuanya bergerak dengan mudah sekali..Ibu bapa selalu support dibelakang, nak apew semua dapat, tetapi bila dapat apew yang dikehendaki pernahkah mengucap kata terima kasih??Macam x pernah cakap jew..Cakap jugak tapi dalam hati kan??Harap2 ibu bapa dengarlah kata hati anaknye tuw..Hurm...Tetapi bila x dapat apew yg diinginkan, apew anaknye buat??Marah, merajuk then melawan cakap..Hurm...Perkara biasa kan??Tapi ibu bapa tetap bersabar dan sentiasa bersikap tenang..Harusnya ibu bapa bertindak tegas agar anak2nya tidak lagi berbuat demikian..Anaknya juga, diharapkan berfikir panjang ya??Supaya kite x dengar lagi rintihan, keluhan dari kedua ibu bapa kite..

Bila melangkah ke wanita, wah! Semuanye terasa begitu pantas sekali..Apa yang dah berlaku sewaktu remaja, gadis berlalu begitu cepat sehingga kite tidak menyedari keadaan sekeliling sudah berubah..Ibu bapa sedang meniti usia tuanya masih dalam keadaan tenang melihat perkembangan anak2nya..Sewaktu menjadi wanita, semua tugasan ibu bapa  sudah berakhir untuk menjaga anak mereka..Jadi kite haruslah bersikap sentiasa berwaspada, berhati2, berkeyakinan diri dan berdikari..Dahulu, ibu bapa menghantar ke mana mahu pergi tetapi sekarang kite harus bergerak sendiri sama ada memandu sendiri ataupun menaiki kenderaan awam..Hurm...Makin sulit hidup ini kan??Tetapi sampai bila mahunya bergantung terus pada kedua ibu bapa??Berilah kepada mereka waktu untuk berehat setelah lama sekiannya merawat, menjaga kite..Inilah masanya untuk membukti bahawa kita boleh berdiri tanpa mereka membantu, cukuplah sekadar dengan sokongan dan dorongan..Juga pada masa inilah kite harus membalas jasa kepada mereka agar mereka tahu betapa beertinya diri mereka didalam hidup kite..Tetapi apabila sampainya waktu itu..Kite harus meninggalkan kedua ibu bapa untuk bergelar seorang isteri..Maka berakhirnye kehidupan bersama kedua ibu bapa..Jadi hargailah masa anda bersama orang tua kite..Betapa peritnye untuk berjauhan dari ibu bapa bila difikir2kan, bermacam2 soalan timbul sebelum jadinya isteri orang..

Benarkah aku akan dijadikan milik seseorang itu selamanya??
Boleh ker aku hidup tanpa mak bapak aku??
Mampukah aku untuk menanggung tanggungjawab baru bagi hidupku??
Sediakah aku dijadikan isteri seseorang??
Sediakah aku untuk memberi zuriat kepada kedua2 belah pihak keluarga ini??
Adakah aku sedang bermimpi??

Tidak, ini bukan mimpi tetapi sebuah kenyataan..Perkara ini menjadi perkara yang terbaik didalam hidup kite untuk mengelak sebarang maksiat yang selalu digodai syaitan..Apabila sudah bergelar seorang isteri..Tanggungjawabnya sudah berubah..Dari utamakan kedua ibu bapa berpindah kepada utamakan suami dalam hidupnya, pada keduanye harus ibu bapa mentua berada tempat kedua sebelum ibu bapa kandung kite sendiri..Hurm..Cepat benar masa berlalu pergi..Sekarang sudah mempunyai tanggungjawab yang lebih besar..Namun apakan daya, inilah yang dinamakan kehidupan..Apabila rumahtangga bahagia, kehidupan berjalan begitu lancar..Tetapi apabila sampai ribut taufan melanda kehidupan berumahtangga jadinya pahit, masam, masin haruslah ditelan jua..Maka selesaikanlah dengan begitu pintar, tenang dan damai sekali..

Setelah beberapa bulan menjadi seorang isteri, maka hiduplah suatu bidadari syurga datang menjelma lalu kehidupannya bermula di pangkal rahim seorang isteri yang bergelar ibu..Selama 9 bulan membawa anaknya yang hidup sesama ibunya, tiada keluhan, rintihan yang diucapi ibunya malah kegembiraan, senyuman yang paling ikhlas lahir dari hati serta di wajah yang berseri2..Sewaktu ibunya berbadan dua inilah anugerah tuhan yang paling menarik ialah dengan memberikan sejuta kecantikan pada seorang ibu..Tibanya 9 bulan 10 hari selama membawa anaknya ke hulur ke hilir didalam rahim, maka sampailah masanye untuk anaknya melihat dunia..

Sewaktu ibunya mengeran kesakitan, ayahnya pula disisi ibunya menemani serta memberi semangat pada ibunya, juga terdetik pada hati ibunya merintih berkata "Aduh sakitnya...Kalau tahu sakit begini, x mahu saya melahirkan.." Tetapi apabila selesainya melahirkan anak itu, lalu jururawat membawa anaknya bertemu ibunya dan setelah melihat sinar dimata anaknya maka hilanglah segala kesakitan yang dirasainya sebentar tadi..

Sesungguhnye wahai kaum hawa..Tidakkah anda berasa diri anda begitu berharga??Maka peliharalah diri anda dengan sebaiknya..Pada zaman sekarang, teramat susah untuk kaum adam mencari kaum hawa yang masih terpelihara maka jadilah anda wanita yang teramat mulia dimata Allah serta semoga mendapat lelaki yang teramat mulia untuk dijadikan suami..Tetapi pada sudah terlanjur, bukan beerti hidupmu sudah berakhir malah anda haruslah menyakinkan diri serta kuat untuk menempuhi segala liku2 kehidupan kerana sememangnya kehidupan ini begitu perit jika mudah digodai syaitan..Maka kembalilah kepada jalan yang benar selagi anda mempunyai masa..Tidaklah perlu menunggu pabila sampainya ajalmu atau hari kiamat muncul..Selagi nyawa dikandung badan, tiada apa2 yang terlambat..Allah Maha Pengampun yang sentiasa memaafkan hambaNya ketika bertaubat..


Sedikit kata2 terakhir...Allahualam..

Jodoh dari syaitan:
"Lelaki dan perempuan tersebut bertemu, 
lalu jatuh cinta kemudian melakukan maksiat sehingga membuahkan janin..
Dan berkahwin setelah terlanjur.."

Jodoh dari jin:
"Lelaki tersebut mahukan perempuan itu,
tetapi perempuan itu tidak mahu pada lelaki itu,
lalu lelaki tersebut berjumpa bomoh dan santau perempuan tersebut,
kemudian menikah setelah perempuan itu diperbodohkannya.."

Jodoh dari Allah:
"Lelaki dan perepuan bertemu pada pertama kali,
lalu dari mata turun ke hati,
diajaknya lelaki tersebut untuk mengahwininya
dan perempuannya menerima dengan ikhlas
kemudian menikah dengan restu kedua ibu bapa.."

2 comments:

purple life said...

wahh !!! alhamdulilah ..mntk2 laaa jodoh nenek dtg dri ALLAH !

Cik Qielah said...

insyaAllah.. ^_^
hope u in happiness always... :)