Monday, 30 May 2011

Kelebihan Orang Kurang Upaya

Sebelum ini, saya hanya copy paste tentang maklumat Islam..Sekarang tiba masanya saya memberi pandangan saya sendiri..Ampun maaf dipinta andai tersalah bicara..

Tahukah kita bahawa semua orang ada kelebihan serta kekurangan??Begitu indahnya dunia kerana ia tersangat sempurna dan teramatlah melengkapi bagi setiap makhluk..Tahukah anda yang merasa derita kerana tidak dapat melihat, mendengar, bercakap dan menggerakkan anggota badan itu adalah hadiah teristimewa buat anda?

Cacat Penglihatan


Dengan cacat penglihatan, anda terselinndung daripada melihat maksiat yang berada di sekeliling anda..Andai anda dapat melihat, tidak mungkin anda akan mencegah mereka daripada berbuat maksiat kan??Syukurlah anda ke atas nikmat tersebut..Orang yang celik juga tidak mampu berbuat apa..Hanya mampu melihat dan bertawakal serta berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada mereka..

Cacat Pendengaran


Malah bahagialah anda daripada mendengar segala bualan kosong, berbual hanya perkara yang tidak berfaedah serta melindungi diri daripada mendengar fitnah serta tokok tambah cerita yang direka..Tetapi bagi yang masih boleh mendengarr, belum tentu semuanya perkara yang didengari baik-baik sahaja..

Lumpuh atau Sebahagian Anggota Badan Tidak Mampu Bergerak


Syukurlah anda jika tidak mempunyai kaki tangan kerana akan berlakunya kemaksiatan jika iman dihati masih lemah..Bagi yang mempunyai, belum tentu juga tidak akan melakukan seperti tersebut..

Cuma ingin wahai sekalian sahabat bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara jadi berbahagialah anda dengan menerima diri anda seadanya kerana kelemahan kita sebenarnya kelebihan kita..Bagi yang masih cukup sempurna sifatnya, bersyukurlah anda dengan sepenuh hati..

By Cik Qielah

No comments: