Sebaik melangkah ke sekolah baru, pelbagai angan2 datang menjelma, kawan2 juga suda bertukar wajah, kisah lalu dilupakan tetapi kenangan masih tersimpan dikalbu..Di sekolah ini hanya untuk selama dua tahun..Di sekolah ini jugak aku belajar erti kehidupan, percintaan, persahabatan, dan berdikari dengan hidup dalam asrama selama dua tahun..Suka, duka, sedih, gembira, baik, nakal, dan didikan agama telah ku pelajari disekolah ini..Bukan diriku x pernah diajar didikan agama tetapi bertambah ilmu pengetahuan yang lebih tentang agama..Sewaktu form 4, aku ditempatkan dalam asrama di dorm 3 tetapi melihat kawanku Iylia Aziz di dorm 4,aku minta tukar dorm semata-mata ingin sebilik dengannya..Tapi apakan daya,hubungan kami renggang pabila masing2 berjumpa kawan baru..Jadinya aku rapat dengan Fatin Rozak, Farah Fatin and Noor Sakinah..
Alorh, terlupa nak kasi tahu..Dalam dorm 4, ahlinya terdapat 11 orang termasuk aku..Iaitu Aimi sebagai Ketua Dorm, Nur Afini (Finiey) sebagai Penolong Ketua Dorm, Nur Nadirah (Didiey), Noor Sakinah (Kienah), Shafinah (Fieyna), Nazyla Asmida (Ila), Fatin Rozak (Faten), Atiqah Zabidi (Tieqah), Farah Fatin, and Iylia Aziz..
Selepas sebulan berlalu, Farah telah membuat keputusan untuk berpindah dari sekolah tersebut..Jadi, Kienah membawa diri lalu rapat dengan Iylia and aku rapat dengan Faten..Erm, beberapa bulan kemudian Iylia pula telah membuat keputusan untuk tidak tinggal dalam hostel..So, Kienah rapatlah dengan Didiey..Banyak kenangan kami lalui bersama..Bermesra, bergaduh, bermanja dan juga luah perasaan terhadap semua ahli..Tiada satu rahsia diantara kami..
Tetapi semuanya berubah setelah kami melangkah ke peringkat umur ke form 5 kerana warden kami dah rombak semua dorm..Jadi, kami haruslah berpisah..Aimi, Finiey and Ila berpindah ke dorm 1, Kienah ke dorm 2, Tieqah maintain dorm 4, Fieyna ke dorm 5, aku masih bersama Faten ke dorm 6 manakala Didiey telah berpindah ke sekolah baru..
Pada awalnya, kami semua masih bersatu di meja study yang sama, di meja makan yang sama tetapi lama kelamaan, semuanya mengikut kawan dorm masing2..X dew sapew halang kan??Biasalah tuw tapi agak terkilan pabila kawan2 bawa diri lalu x bertegur sapa..Ada jugak perasaan hampa tapi apakan daya??Hak masing2..Bila sampai pertengahan tahun form 5, ada pertelingkahan antara masing2, hanya kerana mencemburui bila bersama kawan baru..Memang orang anggap perkara kecil tapi sekecil2 bagi korang,cuba bayang ia mampu memutuskan persahabatan macam kami semua lalui..Sampai sekarang babe, kiteorang dah x bertegur sapa, mungkin yang bertahan memang masih bertahan sehingga sekarang cuma kenangan silam telah dipadam dalam kehidupan tetapi bagiku, ia sukar dilupakan..Sesungguhnye ku sentiasa merindui kamu semua KAWAN...
Lastly, yang tinggal hanya aku, Fieyna, Kienah and Tieqah..Hurm...Takdir telah memisahkan kita semua tapi papew pown, korang semua di hati aku taw??Aku x pernah lupa kisah2 lalu tentang kita, diwaktu suka duka kita masih terpahat di fikiran..I LOVE YOU ALL..By the way, I tie you all in my heart like this photo said..
2 comments:
nt jumpa kawan baru ,
kawan lama jgn lupaa..
:)
perjalanan hidup adek uh jaoh lagi , ^^
insyaAllah...
sy xkn prnh lupakn dyeorg wlupn sy yg dilupakn..
tima kasih ye kak.. :)
Post a Comment