Sunday, 15 January 2012

Okay! Aku Menyesal...

serius aku sesali dengan keputusan ini....
kenapa aku memaksa orang yang tak dapat terima aku lagi??
sudah terang lagi bersuluh dia tak dapat terima aku....
kenapa???
perangai aku tak pernah berubah kan????
mengapa buat orang sayangi kau dan mengapa membuat orang membenci kau??
maaf room mate ku....
aku telah memaksa kau untuk menjadi kawan aku kan??
aku paksa kau jadi rakan sebilik aku kan??
patutnya kau menolak pelawaan aku...
kenapa kau terima sekiranya kau x sudi??

aku janji padamu kawan....
aku takkan minta untuk kau jadi room mate aku untuk sem depan....
maafkan aku.........

bebaskanlah diri kau dari aku...
untuk sem nie,biarlah kita lakukan kerja kita masing-masing...
terima kasih kerana sudi buatku bahagia walaupun sekejap...

Sunday, 6 November 2011

Pasrah

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori

Ingin ku melangkah
Membawa diri
Kerna cinta
Yang dikhianati
Luka rasa untuk menghadapi
Pengorbanan tidak dihargai

Kini aku... Pasrah
Dengan segalanya
Kepedihan itu
Masih terasa
Apakah salahku
Apakah dosaku
Tuhan berilahku petunjukmu
Redha dengan kehendakmu
Cukup kali ini
Kau menyakiti
Berulangkali
Tak usahlah kembali
Dengan rela hati
Melepas kau pergi...

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori

Saturday, 15 October 2011

Kisah Saya Sekarang

Okay! Saya tahu blog saya sudah berhabuk so saya datang semula untuk menghilangkan habuk-habuk tersebut...Hehehe

Sebenarnya saya sudah pun melangkah masuk alam pelajaran, jadinya agak kesibukan sedikit tapi saya selalu teringatkan jugak blog tersayang nie....Disebabkan internet jugak agak ada macam, kadang-kadang agak tak ada..Fuh!! Nak kutuk x boleh, nak cakap baik pun hurmm.....Hahaha Agak jahat disitu..

Saya sudah pun melanjutkan pelajaran di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin...Tahu tak kat mana??Kat negeri Perlis lah....Nak jumpa saya?Singgah-singgah lah ye..Hee~

Saya dapat kursus yang agak diminati, Diploma Pengurusan Pelancongan..So aktiviti saya dalam kelas adalah bercerita tentang tempat-tempat menarik dalam dan luar negara...

Pada 17 Oktober 2011 bersamaan hari Isnin, saya dan rakan seperjuangan akan mengadakan event...Event untuk mempromosikan negeri-negeri dalam Malaysia...Nak join??Jom lah.....Kedatangan kamu amat dialu-alukan...

Dalam banyak-banyak negeri, saya dapat negeri Kelate...Kecek Kelate lah saya Isnin nie...Nak dengar dan kecek dgn saya?Datang sini ya?? =D Saya jugak akan berpakaian seperti orang Pantai Timur tau..Macam mana ye agak-agaknye??Hehehe Saya sendiri pun belum tahu...Sama-sama lah menantikan ya?

Sebelum saya lelapkan mata..Kalau nak tahu perkembangan saya, jenguk je kat Facebook saya ye??Saya ada uploadkan gambar saya Trip ke Genting Highlands yang dianjurkan olah kakak dan abang senior...Cerita panjang tak boleh sebab esok saya dah kena pergi tengok tempat untuk kami promosikan negeri-negeri kami...

Saya minta maaf banyak-banyak diatas kesulitan yang dialami...Terima kasih seandainya dapat memahami...Sayang kamu semua!! ^_^

Wednesday, 22 June 2011

Niat Hati Tidak Kesampaian...

Niat ingin membuat sebuah video yang bertentangkan keluarga Qiela tapi takdir telah mendahuluinya untuk menghalangi tetapi keseluruhan salah diri sendiri juga yang melalaikan masa..

Hari ini 23 Jun 2011,dah nak berangkat ke Melaka untuk sebuah rombongan yang diadakan olah Pejabat Ayahanda..Sehingga 26 Jun 2011 berada di Melaka dan setelah pulang dari Melaka, akan terus menetap di Taiping selama seminggu...

Setelah seminggu maka berangkatlah Qiela bersama kedua orang tua balik ke Tanah Air iaitu Langkawi tapi hanya menjadi persinggahan sementara kerana 3 Julai 2011, Qielah harus ke melaporkan diri untuk menyambung pelajaran di daerah Kedah juga iaitu di PTPL College Sungai Petani..

Yang sempat Qiela lakukan hanyalah video untuk bekas rakan-rakan semasa di Teknik Langkawi...Nak tengok juga?Hehe Just scroll down yeah! Hope also you all enjoy! Yela, rindu kawan2 kan so buat je supaya hilang rindu bila melihat gelagat, tingkah laku semasa bersekolah...


Apakah kata-kata anda untuk video yang direka khas ini??
Huhu...Harap okay laa...Hee~~

Monday, 20 June 2011

Siksa Perempuan Di Akhirat

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, Renungan khususnya untuk para wanita.
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala
ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis?

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan
yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis.
Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

* "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

* Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.

* Aku lihat perempuan yang digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituang ke dalam kerongkongnya.

* Aku lihat perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun2 dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.

* Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

* Aku lihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting neraka.

* Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai.

* Aku lihat perempuan yang bentuk rupanya seperti anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya." kata Nabi.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
Rasulullah menjawab, "Wahai putriku,

1. "Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya."

2. Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

3. "Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya."

4. "Perempuan yang diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang mampu sholat dan berpuasa tetapi tidak mau mengerjakannya, tidak berwudhu dan tidak mau mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi yaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas."

5. "Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat dan menceritakan aib orang lain."

6. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya."

7. "Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai ialah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

8. "Perempuan yang bentuk rupanya seperti anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Semoga bisa menjadi bahan renungan dan muhasabah buat diri kita..

Wahai saudariku sesama muslimah, tidakkah hati tergugah membaca hadist ini ???

Wallahu a'lam..

Wednesday, 8 June 2011

Janji Dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
 Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

23 Ciri Orang Yang Mencintai Kamu...

So Sweet....

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, karena dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”.

6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, karena saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. karena saat bersamamu tidak selalu terulang.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. karena dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia bisa.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – karena dia khawatir tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menggetarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang bikin BETE, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira karena dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.

21. Dan jika kamu coba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu karena sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak mau kamu terbebani karenanya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, karena dia benar-benar mengerti apa itu cinta.